Tutup

Arul Kanda Kandasamy dalam senarai saksi kes ubah laporan audit IMDB

Pihak pendakwaan telah memberi notis kepada mahkamah tinggi untuk memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy sebagai saksi ketika kes pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan kes pindaan laporan akhir pengauditan 1MDB. Timbalan Pendakwa Raya Kanan dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan perkara berkenaan dalam pernyataan pembukaannya pada permulaan perbicaraan pada Isnin.