Arus deras sukarkan SAR kenderaan terjunam

Arus deras menyukarkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) sebuah kenderaan yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di KM 4.0 jambatan Pulau Pinang awal pagi Ahad. Menurut jurucakap pasukan bomba dan penyelamat negeri, ketika ini radius pencarian adalah sekitar 20 meter persegi iaitu dikawasan kenderaan itu dilaporkan terhumban. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, mangsa telah dikenalpasti pelajar sebuah kolej swasat berusia 20 tahun Moey Yun Peng, selepas laporan polis dibuat bapanya. Operasi menyelamat juga ditangguhkan pada jam 7 malam tadi dan akan disambung pagi Isnin.