ASEAN sudah mampu jadi tuan rumah Piala Dunia FIFA

Para pemimpin ASEAN pada Ahad menyatakan sokongan supaya satu usaha pembangunan dapat dilaksanakan dalam merealisasikan ASEAN sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034. Perkara itu dimaklumkan Pengerusi ASEAN 2019, Jeneral Prayuth Chan-o-cha yang juga Perdana Menteri Thailand dalam satu sidang media sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di Bangkok.