Asia Herbal Biotech mahu bangunkan pusat penyelidikan Cordyceps

Asia Herbal Biotech (AHB) Sdn Bhd, sebuah syarikat kesihatan bercadang untuk bangunkan sebuah pusat penyelidikan khusus bagi teknologi pengkulturan tisu kordiseps dalam tempoh lima tahun akan datang. Ketua Pegawai Eksekutif AHB, Dr Alfred Ng Kok Weng berkata, langkah itu bertujuan untuk menampung permintaan herba kordiseps yang semakin tinggi di Malaysia.