Astro AWANI terima Anugerah Perak ADMA 2018

Program khas sempena Pilihan Raya Umum ke-14, Malaysia Memilih yang bersiaran di Astro AWANI pada Mei lalu, menerima anugerah perak pada Anugerah Media Digital Asia 2018 (ADMA2018). Melalui program tersebut, Astro AWANI dicalonkan dalam kategori penglibatan media sosial terbaik menerusi tanda pagar #malaysiamemilih. Editor Eksekutif dan Penyampai Astro AWANI, Ashwad Ismail ke Hong Kong bagi menerima anugerah tersebut.