Astro lancar iklan raya bergenre komedi santai "Raya Kuasa Tujuh"

Jika tahun lepas Astro hadir dengan iklan raya "Gaya Raya Paling Ori" yang mendapat tontonan sebanyak 12 juta di platform media sosial. Tahun ini, Astro tampil dengan iklan raya yang bertajuk "Raya Kuasa Tujuh". Menurut Pengarah Kumpulan Pemasaran & Startegi Astro, Christinne Lim Yen Wah, mereka memilih nombor tujuh kerana ia membawa makna yang tersendiri.