Tutup

Astro, Les' Copaque jalin kolaborasi perkasa industri animasi tempatan

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) jalinkan kolaborasi strategik dengan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. bagi memperkasakan industri animasi tempatan sekaligus menembusi pasaran antarabangsa. Naib Presiden GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata usahasama ini menerusi animasi ?Upin & Ipin? bakal menyaksikan penerokaan industri animasi secara lebih menyeluruh, meliputi kepakaran serta aset kedua-dua syarikat.