Tutup

Astro menang 'Brand of the Year' di Anugerah Putra Brand 2019

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) memenangi anugerah "Brand of the Year" di Anugerah Putra Brands 2019 yang berlangsung malam tadi. Ia sebagai pengiktirafan atas kejayaan Astro dalam menyampaikan kandungan berkualiti meliputi pelbagai sudut termasuk pendidikan, hiburan yang memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia. Selain itu, Astro turut memenangi Anugerah Platinum dan "Hall of Fame" bagi kategori rangkaian media.