Tutup

Astro tampil dengan program Raja Lawak Junior

Program realiti Raja Lawak terbitan Astro yang bermula dengan satu pertandingan carian bakat komedi, kini telah dilihat sebagai platform besar dalam melahirkan penggiat seni tanah air. Terbaharu, Astro Warna tampil dengan satu program pencarian bakat komedi namun ia menjadi kelainan apabila hanya terbuka kepada peserta dalam kalangan generasi muda.