Astro tawar variasi program istimewa buat musim perayaan

Setiap kali menyambut musim perayaan, Astro pastinya menjanjikan tawaran kandungan program istimewa khas buat para penonton. Dengan tema 'Sempurna Seadanya', penonton bakal disajikan dengan pelbagai program berunsur kekeluargaan bagi menjadikan Aidilfitri kali ini lebih bermakna.