Astro terus juarai penyediaan kandungan rentas platform

Dalam persekitaran media yang mencabar, Astro terus memaksimakan capaiannya yang menyeluruh dan menjuarai penyediaan kandungan rentas platform. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Datuk Rohana Rozhan berkata, asas Astro yang kukuh juga membolehkan syarikat itu mengekalkan prestasi kewangan yang kukuh pada tahun kewangan lalu.