Tutup

Astro The Top Penang bawa Baby Shark & Pinkfong ke Pulau Pinang

Bagi meraikan musim cuti sekolah yang akan bermula tidak lama lagi, The Top Penang dengan kerjasama Astro membawakan watak animasi popular, Pinkfong & Baby Shark dalam satu siri kemunculan khas. Watak sensasi dari Korea itu akan muncul menghiburkan pengunjung selama dua hari, pada 15 dan 16 Disember ini, di taman tema indoor terbesar di Pulau Pinang itu.