Tutup

ATM sedia bawa pulang pelajar Malaysia dari Sudan

Angkatan Tentera Malaysia bersedia menerbangkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Sudan bagi membawa pulang 105 penuntut Malaysia yang terkandas berikutan pergolakan di negara itu. Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, buat masa ini, semua pelajar Malaysia diarahkan berehat di rumah di sana dan pihak Kedutaan Malaysia di Sudan sedang memantau status mereka.