Autisme: Lakukan pemeriksaan anak-anak seawal usia 18 bulan

Lebih awal ibu bapa menyedari dan menerima hakikat bahawa anak mereka ada masalah Autisme, maka peluang bagi kanak-kanak itu untuk mengalami kehidupan yang baik lebih cerah. Menurut Pengarah Early Autism Project Malaysia Sdn Bhd (EAP) Jochebed (Josebed) Isaacs, ibu bapa disaran membawa anak mereka menjalani rawatan dan mendapatkan nasihat pakar seawal usia anak 18 bulan.