#AWANI Rangers: Mengenali zoo dalam pemuliharaan hidupan liar

Showcase Jalinan Alumni UPM @ Zoo Taiping & Night Safari Siri III 2019 berlangsung dengan meriah apabila hampir 300 pelajar dari sekolah menengah, rendah dan pra sekolah juga terlibat dalam menjayakan program tersebut. Dr. Ridhwan Affendi , pegawai veterinar Zoo Taiping yang juga merupakan Alumni UPM turut menyatakan hasrat beliau dalam cara masyarakat mengenali Zoo dengan lebih mendalam dan bagaimana cara untuk memelihara flora dan fauna untuk generasi akan datang. Pemuliharaan adalah tanggungjawab bersama supaya pembangunan lestari hijau dapat dikekalkan sejajar dengan tagline program " we care our nature , our wildlife" . Laporan ini disediakan oleh Afiq Latif. Juruvideo Syameil Shaari. Awani Rangers Universiti Putra Malaysia. AwaniRangers ialah inisiatif terbaharu Astro AWANI dan berfungsi sebagai platform buat mahasiswa dan mahasiswi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.