AWANI Rangers: Mewujudkan penyelidik berimpak tinggi

Profesor Ricardo Martinez Botas merupakan seorang pensyarah dan penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Imperial College London. Beliau telah mengadakan satu sesi perkongsian bersama warga UTM mengenai langkah-langkah dan kisahnya dalam menjadi seorang penyelidik yang berimpak. Dalam sesi perkongsiannya, Profesor Ricardo, yang juga merupakan profesor lawatan di UTM, telah menegaskan kepentingan pengalaman industri dan keupayaan untuk menyelesaikan masalah dalam seseorang penyelidik pada zaman ini. Laporan ini disediakan oleh AWANI Rangers UTM, Gan Zhi Han. AwaniRangers ialah inisiatif terbaharu Astro AWANI dan berfungsi sebagai platform buat mahasiswa dan mahasiswi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.