AWANI Rangers: Pelajar OKU dapat 8A SPM dianugerahi Anugerah Pelajar Cemerlang Negeri Johor

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading telah melahirkan seorang pelajar cemerlang Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan memperolehi keputusan 8A 1C dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan. Pengetua SMK Sri Gading, Hairunazim Yacob berkata dalam temubualnya, " Ini bukan kali pertama SMK Sri Gading mencapai keputusan cemerlang tetapi tahun ini sedikit berbeza kerana salah seorangnya adalah daripada Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu adik Azimah binti Ali yang menghidap sakit tulang belakang. Laporan disediakan oleh Nurliza Awang dan Afiq Azim Ayyub, Awani Rangers UTHM.