#AWANI Rangers: Program Kemasyarakatan Rumah Payung 2019 Anjuran Kolej Tun Perak, UPM

Laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, antara peningkatan ketara dalam kes bunuh diri pada setiap tahun adalah berpunca daripada masalah kesihatan mental yang lemah. Oleh itu, setiap masyarakat di Malaysia perlu untuk mengetahui punca kesihatan mental akibat dari tekanan fizikal, sosial dan persekitaran agar rawatan dapat diberikan. Sesungguhnya pendedahan awal kesihatan mental kepada masyarakat Malaysia membantu mereka untuk memiliki emosi yang baik dan kesejahteraan hidup. *Laporan oleh Ezzaty Azhari dan juru video Hazira Hamdan, Awani Rangers UPM. AwaniRangers ialah inisiatif terbaharu Astro AWANI dan berfungsi sebagai platform buat mahasiswa dan mahasiswi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.