Tutup

#AWANI Rangers: UPM Autism Fun Run 2019

Sejajar dengan bulan Autism sedunia, Jabatan Komunikasi Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan kempen kesedaran Autism iaitu program 3Km Autism Fun Run pada 20 April 2019 yang bertempat di Fakulti Pertanian UPM Serdang. Program ini bermula pada pukul 7 pagi sehingga 10 pagi. Acara ini disertai oleh 280 orang peserta. Program ini adalah salah satu alternatif untuk mendekatkan masyarakat dengan golongan autism serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai autism. Laporan ini disediakan oleh Hazirah Hamdan dan Ezzaty Azhari, Awani Rangers UPM. AwaniRangers ialah inisiatif terbaharu Astro AWANI dan berfungsi sebagai platform buat mahasiswa dan mahasiswi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.