AWANI Rangers: UTHM tawar lebih banyak tenaga mahir dalam teknologi pengangkutan rel

Memandangkan pengangkutan awam seperti sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan Mass Rapid Transit (MRT) menjadi suatu keperluan dalam pergerakan seharian, maka akan wujudlah permintaan tenaga mahir bagi menambah baik sistem pengangkutan awam di Malaysia. Oleh itu, UTHM telah mengambil langkah drastik untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang rel bagi memenuhi permintaan pasaran. Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pengangkutan,Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Dr. Joewono Prasetijo berkata Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menawarkan program Degree of Railway di kampus cawangan Pagoh dan pengambilan pertamanya akan dibuat pada September 2018 ini. Sementara itu Profesor Dr. Khalid Hasnan,Ketua Pusat kecemerlangan Industri Rel berkata UTHM Kampus Cawangan Pagoh bakal menjadi hub kepada high speed rail. Hal ini merujuk kepada stesen high speed rail yang bakal dibina kelak di kampus cawangan tersebut yang dijangka pembinaannya bermula pada 6 Julai 2018. Penglibatan UTHM dalam industri rel di Johor ini diharap dapat meningkatkan lagi ekonomi setempat sekali gus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. Laporan disediakan oleh AWANI Rangers UTHM, Titi Aryani dan disunting oleh Suriayati Baharom. AWANI Rangers merupakan inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.