Tutup

AWANI XPress (12 Oktober 2017)

SPRM mungkin akan panggil Shafie Apdal & Aishah rindu persembahan besar seperti GV 4. Syaff Shukri berkongsikan dua berita ringkas melalui Awani Xpress. Pertama, sumber SPRM memberitahu Astro Awani yang mungkin bekas Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan dipanggil bagi membantu siasatan penyelewengan dana awam di Sabah. Kedua, perasaan rindu untuk melakukan persembahan besar menjadi sebab utama penyanyi Aishah menyertai Gegar Vaganza musim ke 4. Beliau bagaimanapun meminta yang penyertaannya tidak dikaitkan dengan perkara politik.