AWANI Xpress: Awas 7 produk kosmetik berbahaya & rakyat Thai mengenang Raja Bhumibol

Syaff Shukri berkongsikan berita ringkas dan padat melalui Awani Xpress. Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia menggesa orang ramai menggelak dari membeli dan menggunakan 7 produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual. Di Thailand, rakyat negara itu mengenang pemergian Raja Bhumibol Adulyadej yang meninggal dunia genap setahun lalu. Mereka juga sedang melakukan persiapan terakhir pemakaman yang bakal dilangsungkan selama 5 hari hujung bulan ini.