Tutup

AWANI XPress: Yang Melanggar Lari Tidak Mengaku Salah, Yang Meliwat Dihukum Penjara Sebat

Yang Melanggar Lari Tidak Mengaku Salah, Yang Meliwat Dihukum Penjara Sebat Syaff Shukri berkongsikan berita ringkas, padat dan ringkas dalam masa yang singkat menerusi Awani XPress. Pemandu 46 tahun yang merempuh 4 orang atlet berbasikal dan jurulatih di Lebuh raya LATAR semalam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor dan tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapkan. Manakala di Putrajaya, seorang bapa 36 tahun dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan atas 623 pertuduhan rogol, liwat, sumbang mahram dengan melakukan seks luar tabii terhadap anak kandungnya yang berusia 15 tahun. Berdasarkan fakta kes, tertuduh meliwat anak perempuannya buat pertama kali semasa mereka mengerjakan umrah di Mekah pada 3 April 2015. Perincian kes ini anda boleh baca di astroawani.com dan liputan lanjut boleh anda ikuti di Hari Ini 8 Malam.