Tutup

#AWANIByte: Pelajar wanita berjaya cipta rekod pendaki termuda Asia Tenggara takluk Gunung Elbrus

Malaysia mencatat satu lagi sejarah dalam sukan ekstrim mendaki gunung. Ia menerusi kejayaan seorang pelajar wanita tingkatan empat dari Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SMSKS), Sara Sofea Muhammad Illaham, yang berjaya menakluk puncak tertinggi benua Eropah iaitu Gunung Elbrus di Rusia.