#AWANIJr: 10 Kawah Bubur Asyura di SEBARU

Pada 4 Oktober 2018, bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu (SEBARU), Kemaman, Terengganu telah berlangsung Program Sambutan Maal Hijrah dan Mengacau Bubur Asyura. Program sambutan Maal Hijrah kali ini dimeriahkan dengan mengacau dan 10 kawah bubur Asyura. Program ini mendapat sambutan daripada semua warga sekolah dan warga komuniti. Pihak PIBG, Polis, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut bersama-sama mengacau bubur Asyura. Ikuti perjalanan program ini bersama pengacara Wan Nur Afiqah Wan Azman (11 tahun) dan pengacara Muhammad Harith Haqem Hafiszi (10 tahun) daripada BeeZTVPSS, Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu, Kemaman, Terengganu.