AWANIJr: 20 sekolah di Terengganu miliki studio mini

Sekolah yang kecil namun memiliki kecanggihan dan kesungguhan untuk memastikan pelajar-pelajarnya terlibat dalam dunia penyiaran dan menajamkan lagi kemahiran berkomunikasi dengan menubuhkan studio mini mereka sendiri. Itu yang dilakukan oleh Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SKKGB), Kuala Nerus yang sangat aktif mengetengahkan bakat kreatif pelajarnya.