#AWANIJr: 3 On 3 Soccer di Masjid

Program 3 on 3 Soccer anjuran Rakan Muda Masjid Kampung Berenjut. Program ini telah berlangsung di perkarangan Masjid Kampung Berenjut, Kemaman, Terengganu. Program ini adalah salah satu cara untuk mendekatkan golongan belia untuk mendekati masjid. Saksikan liputan lanjut bersama adik Muhammad Afiq Danial Mohd Sofian 15, dan kru tv BASES NEWS TV, SMK Banggol Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.