Tutup

#AWANIJr: Abang King di Program Bicara Tokoh Media Dan Kewartawanan

Adik Zulaikha Sahira Mohd Zaidi 16, bertindak sebagai wartawan AWANIJr dan Amirul Zulkifli 19 dan Wan Daniel Izi 14, sebagai jurukamera krew AWANIJr dari Eduwave TVPSS SMK Kompleks Mengabang Telipot (KOMETS), Kuala Nerus, Terengganu telah menemubual dengan Raja Hisham Raja Zaid , Penerbit Astro di Program Bicara Tokoh Media Dan Kewartawanan Anjuran Bersama Perpustakaan Sultanah Nurzahirah (PSNZ), Universiti Terengganu Malaysia (UMT) dan Pusat Pendidikan Asas & Liberal , UMT pada 30 September 2018. Wan Nur Iffah Wan Azman,19 wartawan AWANIJr Eduwave TVPSS KOMETS juga telah diberi kepercayaan untuk mengacarakan program tersebut. Raja Hisham Raja Zaid juga merupakan salah seorang penerbit Astro yang hebat turut sama berjanji akan membantu AWANIJr dan AWANI Rengers Terengganu untuk lebih menjadi lebih relevan lagi. Pihak Astro sedang merancang satu program Summer Camp untuk AWANIJr Negeri Terengganu dengan dibantu oleh penaja-penaja yang sudi membantu. Dalam Summer Camp tersebut AWANIJr akan diberikan lebih pendedahan bagaimana menjadi wartawan yang baik, kaedah penyuntingan yang terkini dan kaedah mengambil gambar yang lebih bagus. AWANJr Terengganu sangat bertuah kerana CEO Astro sendiri akan turun padang membantu malah Suhaimi Sulaiman dan Raja Hisham Raja Zaid tidak sabar untuk berkongsi ilmu kewartawanan dengan AWANIJr Terengganu. Mari kita sama-sama menonton rakaman tersebut.