Tutup

#AWANIJr: Akok Oh Akok

Negeri Terengganu memang terkenal dengan pelbagai makanan tradisionalnya. Antaranya, ialah nasi dagang, kerepok lekor, sata, otak-otak dan kuih bakar serta kuih akok. Kuih akok sesuai untuk dijadikan sebagai makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap. Untuk mengetahui cara-cara membuat kuih akok, jom kita bersama adik Wan Arisha Hanis Bt. Wan Abdul Halim dan adik Marissa Liyana Bt. Mohd Rushdi dari SK Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu. Jom sama-sama kita saksikan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.