Tutup

#AWANIJr: Alia bakal pengganti masa hadapan

Kali ini My Lb Channel Tv Pss SK Binjai Kemaman, Terengganu telah mencalonkan adik Nur Alia Hqadeeja Zawavi,12 sebagai calon pengacara terbaik tv pss Negeri Terengganu dalam Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2019. Ikuti pengalaman adik Alia dan pencapaian serta kejayaan beliau sepanjang bergiat aktif dalam bidang pengacaraan di sekolahnya. Semoga beliau berjaya dinobatkan sebagai Ikon pengacara tv pss terbaik Negeri Terengganu 2019. Sesungguhnya bakat Alia bakal pengganti masa hadapan dalam dunia pengacaraan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.