#AWANIJr: Alya @ Reading Thinking

Sempena cuti sekolah akhir tahun 2018 ini, adik Alya Batrisyia, 9 akan berkongsi pengalaman beliau bagaimana cara mengisi masa yang berfaedah dan memberi manfaat. Kali ini adik Alya akan membawa kita ke ruangan Reading Thinking yang terletak di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu yang terletak di Kampung Laut,Kuala Terengganu. Adik Alya dari MY SKKGB Channel, TV PSS SK Kompleks Gong Badak.Kuala Nerus, Terengganu akan bersama Nur Adibah Talib seorang scienster untuk berkongsi kisah kali ini untuk kita semua. Selamat menonton.