Tutup

#AWANIJr: Amphibia QBER

Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu di sini berjaya menghasilkan bot amfibia pertamanya bagi mengangkut dan menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Inovasi yang dicetuskan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud dengan hanya menggunakan barangan terpakai itu turut melakar sejarah sebagai kenderaan dua alam pertama yang diperkenalkan dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Inovasi ini diberi nama Amphibia Qber. Mari ikuti bingkisan yang disediakan oleh adik Nor Ainin Sofiya Karmila ,16 dari SeNILAMTV PSS AlMumtazin SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu sempena Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) bermula 7 - 9 April 2019. Mari kita saksikan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.