#AWANIJr: Apa aktiviti menarik di PSKT

Pada 31 Januari 2019 yang lalu- kru My LB Channel TV PSS SK Binjai Kemaman telah berjaya membuat liputan di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu. TV PSS My LB Channel sangat bertuah dapat berkunjung ke sini bagi menyertai Program Cakap Cakap Sains yang dianjurkan oleh Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu. Ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Nur Alia Qhadeeja Zawavi 12, dan Nur Aisyah Amirah Muhd Salim 12, kru My LB Channel TV PSS SK Binjai, Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.