Tutup

#AWANIJr: Apa itu Pentaksiran Bilik Darjah?

"Apa itu Pentaksiran Bilik Darjah @ PBD"?. Ramai ibubapa di luar sana masih belum memahami sepenuhnya sistem PBD yang diperkenalkan. Rata-rata masih terikat dengan sistem lama yang berteraskan peperiksaan. SS1 Channel- SK Sultan Sulaiman 1, Sekolah Berprestasi Tinggi, Kuala Terengganu membawakan episod yang memaparkan cara PBD ditafsirkan. Bersama wartawan cilik, adik Wan Maisarah Wan Hashim, 9 ada membuat liputan tentangnya khas untuk Awani Jr. Berita segenap dimensi. Jom Sama-sama kita saksikan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.