#AWANIJr: Apa Yang Kami Dapat.

Pada Disember 2018 yang lalu- kru My LB Channel TV PSS SK Binjai Kemaman telah berjaya membuat liputan di Studio Astro Awani, Kuala Lumpur. TV PSS My LB Channel bersama lapan buah team TV PSS Terengganu dan sebuah lagi TV PSS Hang Tuah dari negeri Melaka sangat bertuah dapat berkunjung ke Studio Astro Awani bagi perkongsian ilmu tentang dunia penyiaran dan kewartawanan. Ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Nur Alia Qhadeeja Zawavi 12 dan Dhirar Batriesya Ikran 11 kru My LB Channel TV PSS SK Binjai, Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.