#AWANIJr: Asramaku Rumah Keduaku

Pillars TV, TVPSS SMA Setiu kali ini kembali bersama pengacara Danial Haiqal, 16. Beliau ingin membawa anda semua melawat ke rumah kedua para pelajar yang bersekolah di sekolah berasrama. Sambil melawat, dengarkan pesanan yang disampaikan adik Haiqal agar rumah kedua ini terjaga kebersihan dan kesempurnaannya. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.