Tutup

#AWANIJr: Atlet Memanah Negeri Terengganu- SUKMA Perak 2018

Adik Zulaikha Sahira Mohd Zaidi 16, bertindak sebagai wartawan AWANIJr dan Amirul Zulkifli 19 dan Wan Daniel Izi 14, sebagai jurukamera Krew AWANIJr dari Eduwave TVPSS SMK Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu telah menemubual dengan 4 orang Atlet Memanah Negeri Terengganu yang juga merupakan pelajar kebanggaan SMK Kompleks Mengabang telipot, Kuala Nerus , Terengganu. Mereka telah mewakili Team Memanah SUKMA Negeri Terengganu di Kejohanan SUKMA Perak 2018 yang baru saja menutup tirai baru-baru ini. Mereka terdiri daripada Muhamad Saiful Islam Mohd Rizwuan 14, yang membawa pulang 1 emas dan 2 perak , Athirah Awni Mat Yahya 19, membawa pulang 1 perak dan 1 gangsa , Najihah Abdul Aziz 13, dan Muhamad Amierul Rosani , 19. Mereka berempat menjalani latihan di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu . Mari kita sama-sama menonton rakaman tersebut.