#AWANIJr: AWANI Junior di bumi Hang Tuah

Tanggal 5 April 2019, SK Duyong ,Melaka telah diberi pengiktirafan oleh Astro Awani sebagai sekolah rintis di Melaka, yang mengwujudkan TVPSS dengan jenama Hang Tuah Channel sebagai salah satu elemen kemenjadian murid. Perkara ini diumumkan oleh YM Raja Hisyam Raja Zaid yang mewakili CEO Astro Awani semasa Majlis Perasmian Studio TVPSS SK Duyong, Hang Tuah Channel. Perkara ini dikupas oleh wartawan TVPSS Hang Tuah Channel, Nur Aqilah Batrisyiah Mohd Abqari , 11 bersama pengacara TVPSS Hang Tuah Channel , Nur Afiqah Auni Mohd Zaidy,12. Majlis turut dihadiri Peneraju TVPSS Negeri Terengganu, Haji Akram@Amir Abdul Majid merangkap Penolong Pengarah Unit Sumber Pendidikan BTP Negeri Terengganu bersama CEO-CEO TVPSS Sekolah-Sekolah Terengganu. Saat manis ini turut dikongsi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pejabat Pendidikan Melaka Tengah dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, malahan Hang Tuah Channel akan diberi keutamaan dalam program-progam Jabatan Pendidikan Negeri Melaka pada masa akan datang. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.