#AWANIJr: AWANIJr teruja di Bicara Antara Benua 5.0

Pengacara Nayli Tihani Tiarramon (11Tahun) dan Pengacara Nur Adelia Tiarramon (9 tahun) bersama jurukamera Sofiyyah Mohd Kamal (11Tahun) dari SEGARTV SK Guntung Luar teruja kerana menjadi antara pelajar bertuah yang terpilih mewakili Malaysia dalam Program Pengantarabangsaan Aktiviti Pusat Sumber sekolah yang diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu. Program Bicara antara Benua 5.0 melibatkan Negara Malaysia, Kanada, Jepun, Nigeria dan Sudan. Jom saksikan bingkisan perjalanan mereka ketika berada di sana . AWANI Jr merupakan inisiatif terbaru Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.