#AWANIJr: Awet serangga

Pusat Pengajian Sains Marin & Sekitaran (PPSMS) ditubuhkan dengan objektif untuk menghimpunkan kepakaran dalam bidang ilmu sains marin, sains sekitaran dan ekosistem di bawah satu organisasi serta menyediakan peluang yang baik kearah penyepaduan dan pengukuhan jaringan. Disamping itu, PPSMS menawarkan program pengajian yang berkualiti untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan dalam bidang sains marin, sains sekitaran dan ekosistem dengan menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan menerusi penyelidikan fundamental dan eksploratori. Mari kita ikuti bingkisan yang disediakan oleh Adik Nor Ainin Sofiya Karmila,16 dari SeNILAMTV PSS Almumtazin SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu, Terengganu tentang pengawetan serangga yang dijalankan oleh PSSM UMT ini. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.