#AWANIJr: Bangsa Champa di Kampung Che Lijah, Dungun

Perkampungan ini terletak di pinggir bandar Dungun kira-kira 8km melalui jalanraya utama dari bandar. Ia terletak di Kampung Che Lijah, Dungun. Orang-orang Melayu Champa di Dungun sangat mementingkan persaudaraan. Mereka hidup dalam suasana aman dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Mereka berhubung menggunakan bahasa Melayu Champa. Kadangkala mereka bertutur dalam bahasa Kemboja. Walaubagaimanapun, anak-anak mereka yang lahir di Dungun tidak lagi bertutur dalam bahasa Melayu Champ kerana mereka bersekolah dan bergaul dengan masyarakat setempat. Mereka lebih selesa bertutur dalam Bahasa Melayu. Orang-orang tua Melayu Champa menulis menggunakan tulisan Jawi kerana mereka bersekolah agama semasa di Kemboja. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.