Video  |  Malaysia

#AWANIJr: Batu bersurat Negeri Terengganu

Diakui ramai sebagai muzium terbesar di rantau Asia Tenggara, Kompleks Muzium Negeri Terengganu menempatkan artifak dan hasil seni yang merupakan warisan berusia beberapa kurun lamanya. Terletak di atas tanah seluas 27 hektar di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini kelihatan hebat dari segi seni binanya, berdasarkan reka bentuk istana lama Terengganu.Ia terdiri daripada Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, 4 buah rumah tradisional dan taman botani serta herba.Di pintu masuk utama bagi kompleks utama, dipamerkan Batu Bersurat Terengganu asli yang terkenal. Adik Nur Widyan Nasuha,15, telah berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu baru-baru ini.