#AWANIjr: Bersama Pengasas TV PSS di Malaysia

Pada 3 Apil 2018, Pelancaran Program Nilam dan Kem Membaca 1 Malaysia telah diadakan di SK Binjai Kemaman Terengganu. Sekolah kami sangat bertuah kerana program tersebut dirasmikan oleh Penolong Pengarah UPSP, BTPN Terengganu iaitu Tn. Hj. Akram @Amir Abdul Majid yang merupakan pengasas kepada TV PSS Negeri Terengganu dan juga di Malaysia. Jom ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Nur Aisyah Amirah Muhamad Salim (11 tahun), Nur Farihah Azmira Azmi (10 tahun), Ainin Sofiya Azhar (10 tahun) dan Muhamad Akhtar Iman Asmadi (10 tahun) kru My LB Channel, TV PSS SK BINJAI, Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.