#AWANIJr: Better late than never

Episod better late than never menampilkan temubual pengacara TV PSS Al Jannah Channel iaitu Muhammad Awal Irfan Zamzam 12 bersama Cik Khomzah Syeik Ahmad dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Jom kita dengar apa persediaan dan apa tawaran menarik di sana. Episod ini juga menampilkan lakonan dua orang pengacara Al Jannah Channel iaitu Muhammad Aliff Zakwan Khalid 9 dan Aisyah Nur Zahirah Abdul Ghani 10 di awal episod ini. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.