#AWANIJr: Bicara antara benua

Pada tanggal 7 Mac 2018, Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak,Kuala Nerus amat bertuah kerana terpilih mewakili Malaysia dalam Program Pengantarabangsaan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah yang diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu. Ianya dinamakan Bicara Antara Benua yang melibatkan negara Malaysia, Kanada, Jepun, Nigeria dan Sudan. Program ini merupakan kerjasama antara Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Ianya telah memasuki tahun kelima sejak diperkenalkan pada tahun 2014. Pengacara Rabiatul Aishah Nabilah Roslan(11) atau lebih dikenali sebagai Bella dan wartawan Darwisyah (12 ) ada laporan untuk kita semua. Selamat menonton. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.