#AWANIJr: Bicara Sunnah berkuda part 1

Kuda atau nama saintifiknya Equus Caballus merupakan sejenis haiwan mamalia yang mempunyai kepantasan berlari sejauh 80 ? 100 km/jam. Haiwan ini agak unik kerana ia mampu mengesan emosi manusia yang berada dalam keadaan takut atau tidak. Krew TS TUBE amat bertuah kerana diberi peluang untuk mengenali kuda dengan lebih dekat. Pengacara kali ini ialah Alwani Mohd Fadzil (11) yang dibantu oleh Insyirah Raudhah (10) dan Rizqin (9). AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia. Untuk mengenali dengan lebih lanjut, mari kita saksikan bersama.