Tutup

#AWANIJr: Bukan kelip kelip kota London

Episod bukan kelip kelip kota London akan memaparkan kepada penonton semua bagaimana pengacara AWANIJr dari TV Pss Al Jannah Channel SK Sungai Lerek Setiu Terengganu iaitu adik Muhammad Awal Irfan Zamzam 12 menyalakan RGB LED semasa kursus Programming Electronic Arduino yang dijalankan di SK Sungai Lerek dengan kerjasama MDEC. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.