Tutup

#AWANIJr: Buku Digital vs Buku Bercetak

Video kali ini menampilkan wartawan cilik atau pelapis dari SkuaD Tv , TV PSS SK Kuala Dungun , adik Diena Adliesya Humaira Rusmadi , 9 tahun . Liputan kali ini adalah untuk menyingkap sama ada Buku Digital atau Buku Bercetak yang menjadi pilihan si ulat buku . Buku-buku digital boleh diperoleh diplatform digital yang memerlukan internet . Manakala buku bercetak boleh diperoleh di kedai buku ataupun pembelian atas talian . Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri . Adakah masyarakat sudah beralih kepada buku digital? Jom kita saksikan video ini .