#AWANIJr: Buletin T'Jems TV bulan Februari #1

Pelbagai program, majlis dan pertandingan telah diadakan di SK Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu. Program-program ini mempunyai matlamat dan tujuan yang sama iaitu untuk mencungkil bakat murid, melatih mereka dan seterusnya meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid. Pembaca berita Awani JR, Rosnita Rozali (12 tahun) akan mengajak semua menyaksikan buletin di SK Tok Jembal sepanjang bulan Februari 2018 ini. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.