Tutup

#AWANIJr: Busker untuk meningkatkan Bahasa Inggeris di Terengganu

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah memperkenalkan program Terengganu English atau Trenglish bagi mengatasi masalah pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bekerjasama dengan Yayasan Terengganu dalam program itu bagi meningkatkan penguasaan dan penggunaan Bahasa Inggeris Komunikasi di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini. Pengasas TV PSS Terengganu , Saudara Amir Akram Abdul Majid turut membuat penampilan khas sempena Ekspo Terengganu 2018 bersama Kumpulan Busker Trenglish SMK Kompleks Seberang Takir. Adik Nur Widyan Nasuha Ahmad Pauzi,(15 tahun) dari TV PSS TVJer SMK Dato? Haji Mohd Said, Kuala Terengganu, Terengganu ada butirannya. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.